NADI CYBERSECURITY – SIM SWAP:ANCAMAN SIBER KEPADA USAHAWAN SLOT 1
19 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 18 September 2025, Khamis, komuniti dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang menyertai Taklimat NADI Cybersecurity – Sim Swap:Ancaman Siber Kepada Usahawan Slot 1 yang bermula dari pukul 3:00 petang sehingga 4:30 petang di platform Google Meet sebagai medium webinar.
Tujuan webinar ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang bagaimana serangan swap berlaku secara lansung. Peserta didedahkan cara memahami kesannya terhadap akaun bank dan perniagaan usahawan serta langkah pencegahan untuk melindungi nombor telefon dan operasi digital.Pada akhir sesi,peserta diberi kuiz untuk menguji pemahaman tentang taklimat yang diberikan.
Diharapkan dengan adanya webinar cybersecurity ini dapat memperkasa keselamatan siber dan melindungi generasi digital seiring dengan dunia digital yang semakin berkembang pesat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: