NADI Rantau Panjang – Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar:Pemasangan Dan Fungsi Water Quality Tester
21 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 20 November 2025,Khamis, Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar bagi sesi ini telah diadakan secara atas talian iaitu LIVE Youtube dari Studio NADI Mahir yang bermula dari pukul 12:25 Tengah hari sehingga 12:55 tengah hari. Program tersebut telah dihadiri oleh seorang peserta dan dijalankan oleh pihak NADI Mahir sendiri.
Program ini bermula dengan pemasangan dan fungsi mesin Water Quality Tester Peserta NADI Mahir juga ditunjukkan cara memasang dan menggunakan Water Quality Tester dengan betul. Sesi ini akan membantu anda mengenali fungsi asas alat Water Quality Tester bagi menilai kualiti air harian untuk pertanian.
Semoga program ini mendapat sambutan yang baik dari komuniti untuk mempelajari ilmu sepanjang hayat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: