Ancaman Kamera Tersembunyi :Apa Yang Perlu Anda Tahu 04.12.2025
5 Disember 2025 | Aktiviti TerkiniPada 4 Disember 2025, Khamis, komuniti dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang menyertai Taklimat NADI Cybersecurity – Ancaman Kamera Tersembunyi :Apa yang perlu anda tahu yang bermula dari pukul 3 petang sehingga 4:00 petang di platform Google Meet sebagai medium webinar.
Tujuan webinar ini adalah supaya peserta dapat mempelajari apakah sebenarnya kamera tersembunyi, bagaimana teknologi ini berfungsi serta mengapa ia sering disalahgunakan untuk tujuan mengintip dan merakam tanpa kebenaran. Webinar ini akan menerangkan jenis-jenis kamera yang biasa digunakan, termasuk kaedah penyamaran seperti dalam pengecas telefon, alat pengesan asap, jam digital atau peralatan elektronik kecil yang sukar dikesan.
Diharapkan dengan adanya webinar cybersecurity ini dapat memperkasa keselamatan siber dan melindungi generasi digital seiring dengan dunia digital yang semakin berkembang pesat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: